Dr. Morris K. Jessup adalah seorang saintis sekaligus ahli astronomi yang sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan topik-topik bersangkutan UFO dan magnetism.
Dalam ceramahnya, beliau sering mengaitkan UFO yang menggunakan tenaga magnet sebagai punca bekalan tenaga makhluk asing.
Dr Jessup berpendapat, kemunculan dan kehilangan UFO dengan sepantas kilat adalah disebabkan kepandaian mereka menggunakan tenaga magnetik. Dalam pada itu, Dr Jessup turut berminat mengkaji ‘teori gabungan medan', (unified field theory) yang dicetus Albert Einstein, seorang saintis yang terkenal dengan teori relativiti. Teori gabungan rnedan ini dikatakan diketengahkan oleh Einstein dan dipaparkan saintis terkemuka itu mensrusi sebuah jurnal dalam tahun 1927. Sungguhpun Einstein tidak pernah mengaitkan UFO dalam teori gabungan medannya, namun bagi Dr Jessup, teori tersebut dipercayai boleh membantu menerangkan secara saintitik bagaimana sesebuah UFO boleh muncui dan ghaib sekelip mata.
Pada 1956, Dr Jessup dihubungi oleh Carl Miguel Allende, seorang bekas kakitangan pasukan marin AS yang juga peminat teori-teori elektrik dan magnetisrn. Rasa hormat dan percaya terhadap Dr Jessup mendorong Carl mengutus surat kepadanya menceritakan eksperimen yang disaksikannya sewaktu berkhidmat dengan pasukan marin. Aritara yang dinyatakan Carl dalam suratnya ialah mengenai eksperimen yang diasaskan daripada teori gabungan medan.
Menurut Carl, ekspenmen tersebut dijalankan pada 12 Ogos 1943 di limbungan kepal tentera laut AS di Philadelphia. Ketika itu, beliau berada di atas sebuah kapal, USS Andrew Furuseth dan melihat dengan mata kepalanya sendiri eks perimen tersebut yang disifatkannya sebagai sesuatu yang ’sangat aneh’. "Kapal USS Eldridge yang terlibat dalam eksperimen tersebut, ghaib dari limbungan Kapal di Philadelphia dan muncul di limbungan kapal Norfolk yang berjarak ratusan batu jauhnya". demikian tulis Carl dalam suratnya kepada Dr Jessup.
Selang beberapa minit selepas itu Carl menceritakan USS Eldridge muncul semula di Philadelphia. Kisah tersebut kemudian berita utama akhbar-akhbar tempatan keesokannya.
Carl juga menceritakan kesan-kesan yang berlaku ke atas anak-anak kapal tersebut, selepas kejadian itu.
"Ada di antara mereka yang menjadi tidak siuman, terus ghaib dan ada juga yang menjadi seperti "sekejap ada, sekejap hilang", katanya. Beberapa anak kapal tertanam pada bahagian-bahagian tertentu dalam kapal tersebut
Memandangkan Dr Jessup seorang yang mempercayai fenomena-tenomena pelik dan aneh, beliau tidak menolak apa yang diceritakan oleh Carl itu sebagai sesuatu yang benar. Dr. Jessup kemudian meminta lebih banyak rnaklumat berhubung eksperimen tersebut daripadanya. Permintaan Dr Jessup dipenuhi lantas mereka sernakin kerap berutus surat.
Namun-pada satu ketika perhubungan mereka terputus secara tiba-tiba apabila Dr Jessup mengesyaki Carl sengaja mengada-adakan cerita tentang eksperimen itu. Selang beberapa tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1957. Dr Jessup dihubungi dua pegawai tentera laut AS yang meminta beliau ke Pentagon berikutan tulisan dalam bukunya berjudul "The Case for UFOs" banyak mengketengahkan kes-kes UFO dan juga teori teknologi magnetism makhluk tersebut.
Semasa bertemu dengan kedua-dua pegawai tentera!aut itu, mereka pun menunjukkan kepadanya dua salinan buku hasil karyanya yang mereka terima yang dilengkapi nota-nota aneh tulisan tangan pada ruang tepi muka surat buku hasil karyanya itu. la seolah-olah memberi penerangan lebih lanjut terhadap perkara yang ditulis oleh Dr Jessup.
Nota tersebut ditulis menggunakan tiga dakwat berlainan, juga tulisan tangan tiga orang yang berlainan dan salah satu tulisan tangan tersebut dikenal pasti oleh Dr Jessup sebagai tulisan tangan Carl Allende. Pada masa itu, dia teringat surat-surat Carl yang diterima beberapa tahun sebelum itu bersamaan dengan nota-nota tersebut. Catatan tulisan tangan itu menceritakan dengan lebih jelas perihal apa yang ditulis oleh Dr Jessup sendiri.
Dr. Jessup memberitahu kedua-dua pegawai tentera itu bahawa dia sendiri pernah menerima nota-nota tersebut tetapi menganggapnya sebagai cerita yang diadakan-adakah sahaja.
Menurut sesetengah pengkaji Eksperimen Philadelphia, Dr Jessup kemudian ditawarkan pihak tentera meneruskan eksperimen itu berdasarkan pengetahuannya mengenai elektro-magnetism namun tawaran itu ditolaknya mentah-mentah. Pun begitu, catatan yang terdapat pada salinan buku itu terus menghantui tikirannya.
Perhatian pihak tentera serta tawaran untuk dia terus mengkaji fenomena misteri Eksperimen Philadelphia menyebabkan Dr Jessup mula yakin apa yang diceritakan Carl menerusi surat-suratnya selama ini adalah benar lalu berhasrat hendak menyiasat sendiri perihal eksperimen tersebut. Namun Dr Jessup sendin tenggelam punca kerana tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Pada suatu hari, sewaktu sedang bersiar-siar di taman berdekatan rumahnya, Dr Jessup didatangi dua lelaki yang menceritakan kepadanya perihal Eksperimen Philadelphia.
Mereka memperkenalkan diri setragai antara anak kapal USS Eldridge yang terlibat secara langsung dalam eksperiinen itu. Sebagaimana yang diceritakan oleh. Carl mereka memberitahu Dr Jessup bahawa ramai anak kapal yang mengalami kesan dahsyat setelah rnelalui pengalaman misteri sewaktu eksperimen itu dijalankan.
Salah seorang dari lelaki itu mendakwa, ada pihak cuba menyembunyikin perkara itu dari pengetahuan umum dengan mengatakan kononnya, kebanyakan anak kapal yang terlibat kurang siuman dan sengaja mengadakan-adakan cerita yang tidak masuk akal berkaitan eksperimen itu. Maklumat itu menguatkan lagi semangat Dr Jessup meneruskan siasatannya. Malangnya beliau ditemui mati dipercayai membunuh diri pada 20 April 1959. Ramai percaya Dr Jessup bukan membunuh diri sebaliknya dibunuh secara rahsia oleh pihak tertentu yang tidak mahu perihal eksperimen rahsia itu didedahkan kepada umum.
Carl Allende terus menghilangkan diri dipercayai takut menerima nasib yang sama seperti Dr Jessup. Ditambah dialah yang mencetuskan segala-galanya iaitu mendedahkan misteri Ekserimen Philadelphia kepada saintis itu. Berikutan kehilangan Carl para penyelidik pula berjaya mengesan identiti Carl yang sebenarnya. Nama sebenamya bukan Carl Miguel Allende tetapi Carl Meridith Allan.
Tidak diketahui mengapa dia menggunakan nama samaran dalam surat-suratnya kepada Dr. Jessup. Namun ada kemungkinan dia sengaja bertindak demikian bagi mengelak dari dikenali kerana dia sendiri maklum ada pihak yang tidak mahu segala rahsia perihal eksperimen itu didedahkan kepada umum.